Mimpi Tentang Sorban

Menurut Ibnu Sirin serban merupakan mahkota bagi orang-orang Arab. Maka dia menafsirkan sebagai kekuasaan seseorang atau kepimpinan seseorang.

Mimpi melilitkan serban di kepala.Takwilnya ialah dia akan bermusafir atau juga dia akan mendapat kebaikan.

Mimpi serbannya bersambung dengan serban orang lain. Takwilnya ialah menunjukkan kekuasaannya akan semakin meluas

Mimpi seolah-olah memakai serban dari kain sutera. Takwilnya ialah kekuasaannya yang menyalahi aturan agama atau ditakwil sebagai harta yang haram.

Mimpi memakai serban dari kain wol. Takwilnya ialah dia akan mendapat kekuasaan yang digunakan untuk kebaikan dunia dan agamanya.

Mimpi melihat kainnya dari campuran wol dengan sutera, Takwilnya ialah dia akan mendapat kekayaan.

Nabi Ishak pernah bermimpi bahwa serbannya tertanggal, kemudian selepas itu isterinya hilang. Kemudian dia bermimpi lagi serbannya dikembalikan orang kepadanya. Nabi Ishak menafsirkan mimpinya itu sebagai kepulangan isterinya. Ternyata benar isterinya yang hilang itu dijumpai semula.

Abu Muslim al-Khurasaniy bermimpi seolah-olah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam memasangkan serban merah di kepalanya dengan 22 lilit. Lalu diceritakan mimpinya kepada seorang ahli takwil dan ahli takwil itu berkata ” Bererti engkau akan memerintah satu negeri selama 22 tahun dengan kepimpinan yang penuh kezaliman.” Mimpinya itu menjadi kenyataan.

You may also like
Latest Posts from Islamiy.com

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *